Skip to main content

Tips Pemilihan Tema Majlis Hari Jadi atau Aqiqah

Setiap hari pasti ada yang sedang menyambut hari jadi dan ada juga yang buat majlis Aqiqah. Nak pilih tema banyak sangat sampai pening mana yang sesuai. Jangan risau sebab sebenarnya tak susah, kat sini Leana share tips untuk parents yang tgh pening tu hihi..
.
.

1. Pastikan pemilihan tema korang tu tidak melibatkan hak cipta sesuatu produksi atau jenama. Sebagai contoh jangan gunakan tema upin ipin ker, boboiboy atau sebagainya. Sebab sebenarnya bila kita guna ibarat kita mencuri hasil cipta orang lain. Leana tak boleh nak explain lebih tapi kalu korang nak guna pastikan buat sendiri untuk kegunaan sendiri shj ok, jgn sengaja pula pergi tempah. Sebab yang jual juga dikira bersalah dalam hal ni. Hey nak tau lebih rujuk ustaz or ustazah, isu ni panasss okeh..
.
.
2. Habis tu kalu tak boleh nak pilih tema apa kan? kalu Leanah nak listkan banyak. Mcm gambar atas ni tema princess cantik juga, mermaid pun cun, castle, rainbow, barbies, princess. Untuk boy boleh buat tema football, cars, fire fighter, police huh boy lagi mudah and banyak tema boleh pilih.  
.
.
3. Kalu dah dapat tema seterusnya mesti dah tau dah color apa nak guna pastu. Contoh if buat mermaid, color untuk mermaid ni ada beberapa yang biasa hijau dan biru. Pastu pastikan color kek, candy table semua lebih kurang seragam, baru nampak menarik. Aqiqah pun sama pastikan kain, cadar selimut baby semua dari color senada. Jangan semua pula korang pilih merah.. haha color merah ada merah terang gelap boleh mix kan.
.
.
4. Baju pun gitu sama, cari baju yang ala2 theme yang korang nak termasuk aksesori anak untuk hari tu. Untuk majlis Aqiqah, cukup lah color parents sama dgn color baju baby. 
.
.
Tips simple ni harap korang boleh cuba untuk majlis nanti. Kalu tak nak pening LNL Event and Catering kan ada. Kami sedia membantu boleh Hello2 kami 013  . Korang boleh buat tempahan 3 minggu lebih awal. 
.
.
Sekadar membatu..

Comments

Popular posts from this blog

Persediaan Untuk Majlis Hari Jadi Anak

Dah rancang untuk majlis Hari jadi anak?pening barang apa nak beli? siapa nak kena jemput? . . Jangan risau kalu first time korang nak buat majlis untuk anak, boleh semak checklist kat bawah ni : Checklist ringkas untuk persediaan majlis hari jadi anak   6 SEMINGGU SEBELUM Buat pemilihan tema dengan anak anda Senaraikan nama jemputan Pilih lokasi dan mulakan carian catering, canopy, meja dan kerusi untuk majlis anda 4 MINGGU SEBELUM Sediakan jemputan Sediakan senarai nama rakan anak anda  Tentukan permainan, aktiviti dan menu untuk memadankan tema parti  Jika memesan kek, letakkan pesanan anda  Jika majlis dibuat di rumah bersihkan rumah dan sediakan ruangan yang sesuai untuk meja kek dan jemputan 3 MINGGU SEBELUM Hantarkan jemputan  Buat pesanan barang keperluan majlis, terutamanya jika memesan secara dalam talian SEMINGGU ATAU 3 HARI SEBELUM MAJLIS  Buat jadual aliran parti  Beli senarai makanan yang diperlukan seperti makan...

Apa Yang Perlu Ada Pada Candy Buffet

Candy Buffet tottaly in trend sekarang. Dari majlis hari jadi, aqiqah, tunang, baby shower, open house, sehinggalah ke majlis kahwin. Kalu tak ada candy buffet ni macam tak meriah pulak ghase. . . Salah satu faktor candy buffet ni selalu mendapat perhatian sebab hiasan meja buffet buat ramai orang tertarik, tak kiralah dari kanak-kanak sehingga yang dewasa. Pastu banyak manisan-manisan yang tempting, semua nampak sedap. . . Kalu ada yang tak pernah tau apa yang ada pada candy buffet, Leana dengan senang hati nak share ngan korang. . . 1. Nama pun candy kan, dah tentu candy buffet ni mesti ada candy yang orang melayu pangil gula-gula. Gula-gula ni ada maca-macam jenislah. Nak letak jenis yang bertangkai, skittle ker, m&m, or yang bentuk jelly salut dengan gula pun ada. Banyak jenislah yang pentingnya. Dari yang murah sampai yang mahal. Korang boleh servey2 kat pasaraya ada macam-macam bentuk juga. . . 2. Buah-buahan macam strawberry, buah anggur dan kiwi, ini buah yan...