Selamat datang ke laman kami, LNL Event and Catering. LNL Event and Catering adalah sebuah syarikat bumiputera yang dimiliki oleh Liaz Enterprise. Pemilik syarikat ini adalah kami suami isteri iaitu En Azlan dan Puan Leanah yang mana En Azlan merupakan Graduan Diploma dalam Hotel management and catering dari salah sebuah kolej di Johor Bahru. Puan Leanah pula adalah seorang surirumah yang minat dalam seni hiasan dalaman. Minatnya bemula apabila beliau sendiri telah menghasilkan gubahan bunga dan hantaran untuk majlis perkahwinannya. Bermulanya disini beliau mula belajar dalam menghasilkan dalam pelbagai bentuk jambagan bunga dan hiasan dalaman dan seni hiasan buffet.
Bermulanya sekadar minat, kami telah menubuhkan LNL Event and Catering yang mana servis utamanya adalah menyediakan katering, candybuffet, dan dalam perancangan mengembangkan pernigaan ke arah wedding planner sedikit masa lagi.
Walaupun syarikat kami masih kecil, besar harapan kami syarikat ini mampu berkembang dan bersaing dengan syarikat lain dalam idustri yang sama.
Dengan tagline Classy and delicious semampu yang boleh kami akan memberi yang terbaik untuk majlis anda kelak.
Sekian,
wassalam
Comments
Post a Comment